Tuesday 8 August 2017

KRAFTANGAN


KRAFTANGAN

KRAFTANGAN ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.



D




DEFINISI BATIK 

batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.






  
JENIS-JENIS BATIK 



  • Batik Blok
  • Batik Canting
  • Batik Ela
  • Batik Pelangi



BATIK BLOK

Batik blok dikenali sebagai batik terap, batik cap atau batik pukul. Batik blok dihasilkanmenggunakan blok kayu atau blok besi atau tembaga. Blok yang diukir timbul dengan corak-corak menarik digunakan untuk menerap kain. Blok dicelup ke dalam pewarna sebelum diterap ke atas kain. Teknik blok ini adalah antara teknik yang terawal digunakan dalam pembuatan batik.






Batik Canting 


Batik canting juga dikenali sebagai batik lukis atau batik tulis. Batik canting ialah batik yang dilukis tangan menggunakan kaedah mencanting; iaitu campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang. Proses mencanting ini dilakukan bagi membentuk motif dan reka corak batik yang telah dilukis. Batik canting atau batik lukis ini adalah batik yang paling popular sehingga ke hari ini kerana corak dan motifnya yang unik dan eksklusif. 




BATIK ELA   



Batik ela ialah batik blok yang dihasilkan dalam ukuran yang panjang serta boleh dipotong dan dijahit untuk dijadikan pakaian. Batik ela dijual secara ela dan mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Corak batik ela lebih bebas dari ciri-ciri tradisional dengan penggunaan warna yang lebih menarik.









  


 Batik Pelangi

Batik pelangi ialah batik yang berwarna-warni yang dihasilkan menggunakan teknik ikat celup yang juga dikenali sebagai teknik pelangi. Kain putih diikat dan disembat mengikut corak yang telah dirancang dan kemudian dicelup ke dalam pewarna. Proses mengikat dan mewarna ini dilakukan berulang kali. Bahagian yang diikat dan disembat ini aalah kalis airdan akan menghaasilkan ragam hias pelangi yang unik dan menarik.





kesimpulannya,pelbagai pihak perlulah berganding bahu bersama-sama untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, tidak hilang ditelan zaman agar industri kraftangan ini terus maju seiring dengan pembangunan negara dan sekaligus menarik minat pelancong untuk datang ke negara kita.



No comments:

Post a Comment